Isnin, 15 Februari 2010

QADIYAH DAN HUKUM-HUKUMNYA

• Qadaya adalah kata jamak bagi Qadiah.
• Qadiyah dari segi bahasa : hukum
• Dan dari segi istilah ilmu mantik : sesuatu susunan kata dan ucapan yang boleh membawa kemungkinan betul atau palsu dengan dilihat kepada kenyataan yang dibuat itu sahaja.
Contoh : Zaid seorang penulis, semua manusia adalah haiwan, bunga adalah tumbuhan, logam berkembang dengan kepanasan/logam adalah pengalir haba, pelajar memahami pelajarannya.

Huraiannya:
Qaul mengikut ahli mantik : susunan kata.
Sidq : berita menepati keadaan yang sebenar.
Kizb : berita tidak menepati keadaan sebenar.
Lizatihi : maksud perkataan dan ertinya menepati (keadaan sebenar) tanpa melihat dari sudut yang lain.

Pengertian ini adalah umum, merangkumi berita yang diungkap seperti contoh-contoh sebelum ini atau yang hanya berada di fikiran seperti ungkapan yang boleh diandaikan apabila ditanya : adakah awak memahami apa yang dipelajari ?. anda menjawab: Ya. Jawapan yang boleh diandaikan ialah: Saya memahami apa yang dipelajari.

Ini adalah qadaya mantik iaitu sesuatu susunan kata dan ucapan yang boleh membawa kemungkinan betul atau palsu dengan dilihat kepada kenyataan yang dibuat itu sahaja. Manakala ayat berbentuk insyaiah, ianya tidak dikira sebagai qadiah mantic kerana ianya tidak membawa kemungkinan betul atau palsu. Antara ayat insyaiah: ayat ta’ajub, ayat pertanyaan, ayat pujian, ayat celaan, ayat sumpah, ayat seruan dan lain-lain.


Nama-nama Qadiah

Qadiah mempunyai beberapa nama lain:
Khabar - Dakwa - Natijah - Muqaddimah - Masalah

0 ulasan: