Isnin, 15 Februari 2010

Bahagian Qadiyah Syartiyah

Bahagian Qadiyah Syartiyah
(Dari sudut hukum berdasarkan muqaddimah atau dari sudut keadaan dan masa)

1. Syakhsiyah/ Makhsusah – sekiranya dihukum berdasarkan kenyataan sebelumnya yang dikaitkan dengan masa tertentu atau keadaan tertentu. Contoh:
a- Muttasilah Mujabah :
i. Sekiranya kamu menziarahi aku sekarang, aku akan memuliakan kamu.
ii. Sekiranya kamu dating melawat aku dengan kenderaan, aku akan memuliakan kamu.
b- Muttasilah Salibah :
i. Tidaklah sekiranya kamu menziarahi aku sekarang, aku akan memuliakan kamu.
c- Munfasilah Mujabah:
i. Zaid sekarang ada kalanya penulis dan ada kalanya bukan penulis.
d- Munfasilah Salibah:
i. Tidaklah Zaid sekarang ada kalanya penulis dan ada kalanya bukan penulis.

2. Kulliah – sekiranya dihukumkan padanya berdasarkan semua keadaan atau masa yang mungkin terjadi. Contoh:
a- Muttasilah Mujabah :
i. Setiap kali kamu menziarahi aku, aku akan memuliakan kamu.
b- Muttasilah Salibah :
i. Tidak sama sekali sekiranya kamu menziarahi aku, aku akan memuliakan kamu.
c- Munfasilah Mujabah:
i. Selalu ada kalanya sesuatu benda itu kaku dan ada kalanya bergerak.
d- Munfasilah Salibah:
i. Tidak sama sekali ada kalanya sesuatu benda itu kaku dan ada kalanya bergerak.

3. Juziyah – sekiranya dihukumkan padanya berdasarkan sebahagian keadaan atau sebahagian masa yang mungkin terjadi. Contoh:
a- Muttasilah Mujabah :
i. Kadang-kadang ada kalanya benda ini buah, ada kalanya anggur.
b- Muttasilah Salibah :
i. Kadang-kadang tiada kalanya benda ini buah, ada kalanya anggur.
c- Munfasilah Mujabah:
i. Kadang-kadang ada kalanya buah itu epal atau limau.
d- Munfasilah Salibah:
i. Kadang-kadang tiada kalanya buah itu epal atau limau.

4. Muhmalah – kenyataan yang tidak disebut padanya sesuatu yang menunjukkan keseluruhan dan sebahagian keadaan.Contoh:
a- Muttasilah Mujabah :
i. Sekiranya kamu memberi perhatian kepada guru, kamu akan memahami pelajaran kamu.

b- Muttasilah Salibah :
i. Tidaklah sesuatu itu ada kalanya manusia, ada kalanya batu-batan/benda bukan hidup.
c- Munfasilah Mujabah:
i. Muhammad ada kalanya penulis dan ada kalanya penyair.
d- Munfasilah Salibah:
i. Tidaklah jisim itu ada kalanya hitam dan ada kalanya putih.

Bahagian Qadiyah Syartiyah berdasarkan Tali melazimi Muqaddam

1. Mujabah – kenyataan yang mewajibkan Tali melazimi Muqaddam sama ada kedua-duanya ‘menetapkan’ atau ‘menafikan’ ataupun salah satunya ‘menetapkan’ dan satu lagi ‘menafikan’.
Contoh:
i. Apabila bahan galian itu besi maka ia adalah pengalir haba.
ii. Apabila pelajar tidak berusaha maka ia tidak akan Berjaya dalam peperiksaan.
iii. Setiap kali umat Islam berpecah maka mereka tidak akan Berjaya dalam usaha mereka.

2. Salibah – kenyataan yang menjadikan Tali melazimi Muqaddam sama ada kedua-duanya ‘menetapkan’ atau ‘menafikan’ ataupun salah satunya ‘menetapkan’ dan satu lagi ‘menafikan’.
Contoh:
i. Tidak sekali-kali apabila lampu isyarat berwarna merah maka lalu lintas dibenarkan bergerak.
ii. Tidak sekali-kali apabila cuaca tidak baik maka kita tidak tinggal di rumah. (Tidak sekali-kali apabila cuaca buruk maka kita keluar rumah).
iii. Tidak sekali-kali apabila cuacabaik kita tidak pergi (ke tempat peranginan) di kawasan bukit.

الأسوار المشتركة في الشرطيات (المتصلة والمنفصلة)
Sur yang digunakan pada qadiyah syartiyah
(muttasilah dan munfasilah)

• ليس البتة : الكلية السالبة - في المتصلة والمنفصلة
• قد يكون : الجزئية الموجبة - في المتصلة والمنفصلة
• قد لايكون : الجزئية السالبة - في المتصلة والمنفصلة

الأسوار المختصة في الشرطيات ( المتصلة والمنفصلة)
Sur yang khas pada qadiyah syartiyah
(muttasilah dan munfasilah)

- هي ما عدا الأسوار المشتركة المذكورة. فعلى الطلاب أن يتفكروا ويتأملوا وينظروا إلى الأمثلة المكتوبة في اللوحات الموجودة.
Sur yang khas pada qadiyah syartiyah ini ialah selain daripada Sur yang boleh digunakan pada kedua-dua qadiyah syartiyah muttasilah dan munfasilah.

كلما ، مهما ، متى - السور الكلي الايجابي في المتصل
دائما - السور الكلي الايجابي في المنفصلة
ليس مهما أو ليس متى - السور الجزئي السلبي في المتصلة
ليس دائما - السور الجزئي السلبي في المنفصلة

0 ulasan: