Isnin, 15 Februari 2010

Bahagian Qadiah

Qadiah terbahagi kepada dua bahagian:
Qadiah Hamliah :
1. Sesuatu yang dihukumkan/ditentukan padanya dengan menetapkan sesuatu perkara tertentu baginya atau dengan menafikan perkara tertentu baginya
2. kedua-dua bahagiannya adalah tunggal atau menepati maknanya.
Contoh: ‘Muhammad seorang yang berilmu’.
(Dalam ayat ini ditetapkan sifat berilmu itu kepada Muhammad)
‘Muhammad bukan seorang yang berilmu’.
(Dalam ayat ini sifat berilmu itu dinafikan kepada Muhammad)
‘Anggur adalah sejenis buahan’, ‘Zaid seorang penulis’, ‘Zaid itu adalah yang mana bapanya sedang berdiri’.
* Dinamakan Qadiah Hamliah kerana berdasarkan satu bahagiannya adalah objek/predikat/perkhabaran.


Qadiyah Hamliah

Qadiyah Hamliah mengandungi tiga rukun:
1. Maudu’/Mahkum ‘alaih/Musnad ilaih adalah rukun pertama di awal ayat atau di akhir ayat. (Bagi ahli tatabahasa Arab, ianya disebut sebagai Mubtada’, Fa’il, Naib Fa’il )
Contoh: ‘Zaid berdiri’. ‘Al-Quran dibaca oleh seseorang’.

2. Mahmul/Mahkum bih/Musnad adalah rukun kedua sekalipun ianya disebut di awal ayat. (Bagi ahli tatabahasa Arab, ianya disebut sebagai Khabar, Fe’il )
Contoh: ‘Zaid berdiri’.

3. Rabitah iaitu penghubung di antara Maudu’ dan Mahmul.

Bahagian Rabitah

Rabitah adalah perkataan yang menjadi penghubung di antara Maudu’ dan Mahmul.

1. Berkait dengan masa : Perkataan yang menjadi penghubung adalah kata kerja seperti Fe’el Naqis. Contoh: ilmu itu bermanfaat.
2. Tidak berkait dengan masa : Perkataan yang menjadi penghubung adalah kata nama seperti kata ganti nama. Contoh: Muhammmad adalah seorang penulis.

Qadiyah Hamliyah berdasarkan Rabitah:
1. Thunaiyyah – Qadiyah yang mempunyai dua perkataan tanpa menyebut Rabitah. Contoh: Muhammad seorang penulis.
2. Thulathiah - Qadiyah yang mempunyai tiga perkataan dengan menyebut Rabitah. Contoh: Muhammad adalah seorang penulis.
3. Ruba’iyah - Qadiyah yang mempunyai empat perkataan dengan menyebut Rabitah dan Sur . Contoh: Semua bunga adalah tumbuhan

Rabitah kebanyakkannya dibuang dalam ayat bahasa Arab kerana memadai dengan I’rab, perkaitan ayat dan perkataan yang digunakan dalam ayat.

Bahagian Qadiyah Hamliah dari sudut Maudu’:
1. Syakhsiah/Makhsusah – sesuatu kenyataan yang mana Maudu’nya merupakan perkara yang ditentukan, iaitu kata nama khas seperti nama orang, kata ganti nama. Contoh: Muhammad faham apa yang dipelajari, Kamu memahami pelajaran kamu.

* Dinamakan Syakhsiah kerana maudu’nya telah ditentukan.

2. Kulliah - sesuatu kenyataan yang mana maudu’nya berbentuk umum, menyeluruh dan disertakan dengan Sur Kulli, iaitu terdapat di sana perkataan yang menerangkan semua benda. Contoh: setiap orang yang berakhlak mulia dihormati.

* Dinamakan kulliah kerana terdapat Sur Kulli di dalamnya.

3. Juziyah - sesuatu kenyataan yang mana maudu’nya berbentuk umum, menyeluruh dan disertakan dengan Sur Juz’i, iaitu terdapat di sana perkataan yang menerangkan sebahagian benda. Contoh: sebahagian penduduk Malaysia berpendidikan.

* Dinamakan Juziyah kerana terdapat Sur Juz’i di dalamnya.

4. Muhmalah - sesuatu kenyataan yang mana maudu’nya berbentuk umum, menyeluruh dan tidak disertakan dengan Sur. Contoh: galian itu pengalir haba.

* Dinamakan Muhmalah kerana tidak menerangkan apa-apa bilangan di dalam ayat tersebut.

Bahagian Qadiyah Hamliyah dari sudut Mahmul
1. Mujabah – sesuatu yang dihukumkan padanya dengan menetapkan Mahmul bagi Maudu’. Contoh: Kota Bharu adalah ibu negeri Kelantan .
2. Salibah – sesuatu yang dihukumkan padanya dengan menafikan Mahmul bagi Maudu’. Contoh: Muhammad bukan seorang yang berilmu .

Sur Qadiyah Hamliah

Sur adalah lafaz yang menerangkan tentang semua benda atau sebahagiannya.
Dinamakan Sur kerana ia menyerupai benteng yang melingkungi seluruh kota negeri atau sebahagiannya.
Qadiyah Musawwarah/Mahsurah ialah Qadiyah yang disebut sur di dalamnya.

Sur terbahagi kepada empat bahagian:
1. Sur Kulli Ijabi – Sur yang menunjukkan kepada merangkumi/meliputi semua benda secara penetapan.
Lafaz sur: كل، جميع، قاطبي، طرا، عامة، كافة
Contoh: Semua manusia adalah haiwan.

2. Sur Kulli Salbi - Sur yang menunjukkan kepada penafian berlakunya mahmul terhadap maudu’.
Lafaz sur: لا شيء، لا أحد، لا ديار dan kata nama am dalam bentuk ayat nafi.
Contoh: Tidak ada seorang pun manusia itu batu.

3. Sur Juz’i Ijabi - Sur yang menunjukkan kepada penetapan hukum terhadap sebahagian benda.
Lafaz sur: بعض، قليل، معظم dan perkataan yang menunjukkan “sebahagian”.
Contoh: Sebahagian pelajar itu berbangsa Arab.

4. Sur Juz’i Salbi - Sur yang menunjukkan kepada penafian hukum terhadap sebahagian benda.
Lafaz sur: ليس بعض، بعض ... ليس، ليس كل
Contoh: Sebahagian orang Melayu bukan mukmin.


* Nota:
Muhmalah boleh disamakan dengan Juziyah kerana hukum terhadap “sebahagian” adalah pasti dan terhadap “keseluruhan” adalah masih diragui. Oleh itu kita mengambil perkara yang diyakini.
Syakhsiah boleh disamakan dengan Kulliah kerana hukum terhadap maudu’ bagi sesuatu qadiyah tidak terkeluar daripadanya.


* Nota:
Qadiyah dari sudut maudu’ mempunyai empat bahagian: syakhsiah, kulliyah, juziyah, muhmalah. Setiap daripada bahagian ini ada mujabah dan salibah . Maka semuanya ada lapan bahagian:

0 ulasan: