Isnin, 15 Februari 2010

QADIAH SYARTIAH

QADIAH SYARTIAH:
1. Sesuatu yang dihukumkan padanya dengan dihubungkan dengan kenyataan lain melalui Adat Syarat dan Jawab Syarat.
2. Kedua-dua bahagiannya bukan tunggal atau menepati maknanya.
3. kenyataan yang mengikat sesuatu hukum dengan sesuatu syarat/ikatan.
Contoh:
Sekiranya kamu bersabar nescaya kamu akan berjaya,.
Sekiranya matahari terbit, siang akan menjelang.
* Dinamakan Qadiyah Syartiah kerana ada Adat Syarat dalam kenyataan itu atau kerana ia mengandungi makna tetap dan kekal serta makna bertentangan.

Qadiyah Syartiyah


1. Kenyataan yang dihukumkan (kebenarannya)dengan hubung kait di antara dua bahagiannya.
2. Qadiyah yang kedua-dua bahagiannya mufrad atau sama maksud denganya.
3. Qadiyah yang mengikat sesuatu hukum dengan sesuatu syarat/ikatan.
Contoh: Sekiranya kamu bersabar, maka kamu akan berjaya.
Sekiranya kamu berusaha kamu akan berjaya.

Rukun Qadiyah Syartiyah:

Qadiyah Syartiyah mempunyai tiga rukun:
1. Muqaddam:
* Pada Qadiyah Syartiyah Munfasilah, muqaddam ialah rukun pertama yang disebut (dalam ayat). Contoh: Benda ini sama ada bunga Melati atau bunga ros

* Pada Qadiah Syartiyah Muttasilah, muqaddam ialah rukun yang berada di awal (dalam susunan ayat) sekalipun disebut pada akhir ayat.
Contoh: Setiap kali cuaca sejuk maka tubuh akan mengecut.
Tubuh mengecut apabila cuaca sejuk.

2. Tali:
* Pada Qadiyah Syartiyah Munfasilah, tali ialah rukun kedua yang disebut (dalam ayat). Contoh: Benda ini sama ada bunga Melati atau bunga ros

* Pada Qadiah Syartiyah Muttasilah, tali ialah rukun yang berada di akhir (dalam susunan ayat) sekalipun disebut pada awal ayat.
Contoh: Setiap kali cuaca sejuk maka tubuh akan mengecut.
Tubuh mengecut apabila cuaca sejuk.

3. Adat Syarat / huruf syarat, seperti: لَوْ(jika,sekiranya), إِذَا (apabila).

Bahagian Qadiyah Syartiyah

Qadiyah Syartiyah Muttasilah
(hubungan secara melazimidi antara rukun pertama/muqaddam dan kedua/tali)
1. Sesuatu Qadiyah/kenyataan yang ada hubungkait dua rukunnya samada secara melazimi atau secara kebetulan.
2. Sesuatu Qadiyah/kenyataan yang dihukumkan (kebenarannya) bergantung kebenaran qadiyah/kenyataan lain.
Contoh: Sekiranya matahari terbit maka siang pun menjelang.

* Dinamakan Qadiyah Syartiyah kerana terdapat huruf syarat, dan Muttasilah kerana berhubung di antara dua rukunnya secara berkait rapat dan bersepakatan.

Qadiyah Syartiyah Munfasilah
(hubungan secara bertentangan di antara kedua-dua rukunnya)
1. Sesuatu Qadiyah/kenyataan yang bertentangan dan berlainan di antara dua rukunnya.
2. Sesuatu Qadiyah/kenyataan yang dihukum padanya dengan bertentangan di antara dua rukunnya.
Contoh: Benda ini ada kalanya kaku dan ada kalanya bergerak.

* Dinamakan Qadiyah Syartiyah kerana terdapat huruf syarat sama ada secara andaian atau disebut, dan Munfasilah kerana terdapat huruf Infisal di dalamnya iaitu: إما، تارة، طورا، أو

Qadiyah Syartiyah berdasarkan tabiat melazimi di antara Muqaddam dan Tali

1. Luzumiah – kenyataan yang dihukumkan kebenarannya dengan berdasarkan kepada kenyataan lain kerana hubungan yang melazimi.
Contoh: Sekiranya matahari terbit maka siang pun menjelang.

Hubungan secara melazimi – sesuatu yang mewajibkan muqaddam melazimi tali dan ianya seumpama:
i- ‘Sebab’:
a. Muqaddam sebagai sebab kepada Tali,
Contoh: Setiap kali matahari terbit maka siang pun menjelang.
b. Muqaddam sebagai penyebab kepada Tali,
Contoh: Setiap kali siang menjelang maka matahari pun terbit.
c. Muqaddam dan Tali kedua-duanya sebagai penyebab kepada sebab yang lain,
Contoh: Sekiranya siang menjelang maka alam ini cerah.
(menjelangnya siang dan terangnya alam ini, kedua-duanya adalah penyebab kepada terbitnya matahari).

ii- ‘Tadayuf’ – salah satu daripada muqaddam atau tali tidak boleh difahami tanpa ada yang satu lagi.
Contoh:
i.Sekiranya Muhammad itu suami Aisyah maka Aisyah adalah isterinya.
ii.Sekiranya Muhammad bapa kepada Bakar maka Bakar adalah anaknya. (tidak tergambar menjadi bapa tanpa ada anak)

2. Ittifaqiyah – kenyataan yang dihukumkan kebenarannya dengan berdasarkan kepada kenyataan yang lain bukan kerana hubungan secara melazimi bahkan secara kebetulan.
Contoh:
i. Sekiranya manusia boleh bercakap maka keldai juga boleh bersuara.
ii. Setiap kali berdering jam (menunjukkan) pukul 1.00 petang maka pekerja akan keluar (berehat) daripada pejabat mereka.
........

Tadayuf – ikatan di antara muqaddam dan tali yang bererti kewujudan pertama memastikan kewujudan yang kedua seperti kebapaan, persaudaraan.

........

Bahagian Qadiyah Syartiyah Munfasilah

1. Mani’ jam’i – kenyataan yang dihukumkan adanya pertentangan di antara muqaddam dan tali dari segi benar. Dengan maksud kedua-duanya tidak berhimpun – ianya tersusun dari sesuatu dan dari yang lebih khusus daripada kebalikannya.
Contoh:
i. Perkataan itu ada kalanya kata nama dan ada kalanya kata kerja.
ii. Sesuatu benda itu ada kalanya pokok dan adakalanya besi.

2. Mani’ Khuluw – kenyataan yang dihukum adanya pertentangan di antara muqaddam dan tali dari segi bohong/naïf. Dengan maksud kedua-duanya tidak hilang/lenyap – ianya tersusun dari sesuatu dan dari yang lebih umum daripada kebalikannya.
Contoh:
i. Sesuatu benda itu ada kalanya tidak putih dan ada kalanya tidak hitam.

3. Mani’ Jam’I dan Khuluw - kenyataan yang dihukum adanya pertentangan di antara muqaddam dan tali dari segi benar dan bohong. Dengan maksud kedua-duanya tidak berhimpun dan tidak hilang - ianya tersusun dari sesuatu dan dari kebalikannya.
Contoh:
i. Seseorang itu ada kalanya hidup dan ada kalnya mati.
ii. Sesuatu nombor itu ada kalanya genap dan ada kalanya ganjil.

0 ulasan: